Bebuli glans
Bebuli glans

Bebuli glans

Bebuli glans (Bahasa Latin: bulbus glandis; juga dipanggil simpul) ialah struktur tisu penegangan pada zakar mamalia canid, termasuk serigala,[1][2][3][4] koyote[5] dan rubah Darwin.[6] Semasa pengawanan tisu-tisu ini membengkak dan mengunci (ikatan) sejurus selepas penembusan zakar pada haiwan jantan ke dalam haiwan betina. Penguncian ini lengkap dengan otot lingkar di dalam faraj haiwan betina mengetat lalu menghalang haiwan jantan tersebut daripada pergi. Otot lingkar juga mengecut secara berselang-seli, yang mempunyai kesan perangsangan pemancutan sperma, diikuti oleh bendalir prostat, serta mengekalkan pembengkakan zakar dan oleh itu ikatan itu, buat sementara. Untuk anjing bela jinak ikatan tersebut mungkin berlanjutan selama setengah jam atau lebih, tetapi biasanya kurang.[7]